Saturday, July 21, 2012

Ingin Berlari Sejauh Yang Mungkin


Manusia ini banyak masalah , ada yang mampu menyelesaikannya dan ada juga yang tidak mampu untuk menyelesaikannya . Kadang-kadang mereka suka berputus asa dengan mudah sekali tanpa mencuba untuk melakukannya . Suka mengambil keputusan yang mudah dan senang agar cepat selesai . Masalah takkan pernah berhenti untuk datang pada kita . Kita sebagai manusia haruslah bersedia untuk menerima segala Dugaan dari Tuhan . 

Intan kadang-kadang terasa ingin pergi jauh dari segala masalah intan . Kadang-kadang intan putus asa sampai tak tahu nak selesaikannya macam mana . Tapi intan sedar sejauh mana kita pergi , sejauh mana kita ingin lupakan tiada penyelesaiaan bagi itu . Tapi intan selalu berharap sebelum meningalkan dunia ini . Intan nak sangat pergi tempat yang selalu intan inginkan . Yang pertama tempat yang intan ingin pergi adalah suatu kawasan yang tiada satu pun manusia , yang ada hanya matahari yang terbenam , tasik yang indah , bunga-bunga , duduk di bawah pokok yang besar . Yang kedua adalah ingin melihat Kaabah ^_^ . 

Nak tahu tak ? Kenapa intan boleh menyelesaikan masalah intan ? Sebab kan ada intan memilki seseorang yang selalu beri sokongan dari belakang , sebabkan dia intan jadi seorang yang penyabar . Dia mungkin seorang yang lemah , intan terima dengan kelemahan dia . Tapi di mata intan dia mampu jadi seorang yang kuat dan tabah . Tapi sayangkan dia mempunyai hati yang sangat baik , tapi dia seksa hati dia :'( . Hati kamu terseksa , hati saya pun terseksa . Apa yang kamu rasa , saya akan merasainya jua . Saya akui hati saya masih sakit kalau mengingati yang lepas . Tapi saya nak kamu tahu , Saya Sangat Sayangkan Kamu . Dan kalau kamu mahu menjalani hari-hari kamu dengan hati yang terseksa , saya pun akan menjalani hari yang sama macam kamu . Saya nak kamu tersenyum dengan hati yang menyangi saya , dengan hati yang tiada kesakitan . Kamu gelak-ketawa , kamu tahu itu yang akan buat saya gembira . Hati saya akan gembira dengan melihat itu . Saya nak sangat buat kamu gelak ketawa kerana saya . Sebab bagi saya , saya berjaya buat orang yang paling saya sayang , orang yang saya hargai tersenyum . Sekarang hidup saya dah tak macam dulu . Seorang yang kuat cemburu , panas baran . Sekarang semua larangan semua terhapus . Jadi saya tak nak kongkong hidup kamu . Kamu boleh bergaul dengan mana-mana kawan-kawan perempuan kamu . Saya nak kamu rasa bebas dengan kehidupan kamu . Kamu jangan risau pasal saya :) saya takkan tinggalkan kamu . Saya nak kamu ingat sayalah Orang Yang Paling Bahagia Kalau Dapat Tengok Kamu Tersenyum . Kamu dah banyak buat saya tersenyum , kamu dah buat hidup saya sangat bererti . Saya rasa serba salah sebab saya telah buat kamu kecewa . Kali ini biar saya balas balik semua perbuatan kamu . Saya nak kamu Gembira dengan hidup kamu . Saya tak nak lagi kongkong hidup kamu , saya tak nak lagi larang apa yang kamu nak buat . Saya tak nak buat hidup kamu hanya dikunci . Saya mohon kalau kamu tak faham isi hati saya pun tidak mengapa tapi tolong faham niat saya ke kamu . Bukan saya nak lepaskan kamu . Saya masih pegang tangan kamu dengan erat . Tapi jangan salah faham dengan apa saya cakapkan Ye Sayang :) 

Jangan hidup dalam kesakitan Hiduplah seperti kehidupan yang kamu mahu selama ini 

Amer Nak Tahu , Seumur Hidup Intan , Intan Tak Pernah Sayang Seseorang Tu Macam Mana Intan Sayang Amer . 
Kalau Intan Dah Sayang Seseorang Tu , Intan Tak Dapat Nak Menyangi Yang Lain ^_^

No comments:

Post a Comment