Saturday, July 21, 2012

New Life With You


Awak ! Malam semalam saya luahkan semua itu dengan air mata tau :') . First time meluahkan dekat kamu dengan perasaan macam tu . Air mata tu mengalir tau awak , saya berharap agar kamu datang untuk menghapuskannya :) Tapi itu hanya adalah angan-angan kan ? Saya tahu , apa yang saya impikan bukan selalu saya dapat . Kamu cakap dekat saya kamu nak mulakan hubungan kita yang baru kan ? Saya terima itu , tapi saya hanya nak kamu tahu saya perlu tiga benda ini dari kamu 
Kejujuran , Kesetiaan , Kepercayaan 
Kalau kamu tak mampu untuk melakukannya lebih baik kita tak payah teruskan untuk memulakan yang baru sebab saya tak mahu sejarah itu berulang kali buat kali yang ketiga :) . Kamu pun sudah janji dengan saya kan ? Saya pegang janji-janji kamu itu . Kamu lamar saya tadi ? Aww ^_^ Saya hargainya walaupun hanya menaip tapi ayat-ayat kamu dapat merasakan yang baru :) . Dan masing-masing setuju untuk melupakan yang lama untuk hapuskan mimpi buruk kan ? Saya akan usaha untuk mengahpuskannya . Tapi ia tak begitu senang untuk melupakan hati yang sakit . 

Kamu tadi kamu ada cakap pasal eiqa kan ? Why ? Penting sangat ke sampai kamu perlu tahu apa yang saya cakap dekat ain tentang dia ? Cara kamu cakap macam bela dia . Saya tak pernah burukkan adik kamu tu , kenapa ? Kamu takut ye ? Sebab eiqa tak buat salah apa-apa kan ? Saya tak tahu lah nak cakap macam mana lagi .  

Kamu ! Saya nak kamu tahu kamu adalah lelaki yang saya sayang sepenuh hati saya . Kamu orang yang paling saya percayai . Tapi sekarang saya tak tahu lah makin lama , makin saya tak boleh nak percayakan sesiapa . Boleh tak kamu tolong dapatkan balik semua itu untuk saya ? 

Dan saya tahu niat kamu adalah untuk menjaga hati saya kerana tidak ingin kehilangan saya . Tapi Sayang kamu buat diri kamu sengsara . Saya yang tak sanggup nak tengok , kamu mungkin boleh tabah tapi Abang saya yang tak boleh tengok kamu terseksa dalam kepedihan , kesakitan . Saya tak boleh , jujur saya cakap tak boleh . Tapi kalau kamu nak macam itu , saya pun tak boleh nak larang . Apa yang perlu saya buat hanya adalah jaga hati kamu . Rawat hati kamu yang sedang terseksa . Jangan hanya kerana saya kamu hancur . Saya tak nak kamu hancur kerana saya . Saya tak nak kamu lemah kerana saya . Saya muncul dalam hidup kamu untuk beri kamu senyuman , Saya hadir dalam hidup kamu sebab saya nak tengok , saya nak kamu jadi orang yang kuat yang mampu menghadapi semua masalah dia dan bukan bergantung pada orang lain . Saya nak kamu hidup bebbas Bukan terpekerap dalam kegelapan yang tiada apa-apa . Kalau kamu nak juga hidup dalam kegelapan . Kamu hanya dapat memberi saya kekecewaan :') . Tolong jangan seksa hati kamu itu Abang . :)  





No comments:

Post a Comment