Friday, July 5, 2013

You + Me = Love



Assalammualaikum ! =D 

Semua orang ada ' someone ' betul tak ? Mungkin ada yang tak ada tapi diorang jadikan ' crush ' , bila hati sudah tertarik pada seseorang , kita mesti ingin memiliki dia kan ? Hati mana yang tak ingin bersama dengan orang yang dia suka , sayang dan sebagainya . Tetapi kadang-kadang ia memeritkan hati kita apabila kita ditolak ibarat dia menyepak sampah itu ke tong sampah , bagi intan tak perlu kita tolak seseorang dengan kekerasan , ia kita tak nak bagi dia harapan tapi awak boleh jadi kawan dia . Bila sudah ada orang yang kita sayang disisi kita , jangan lupa untuk hargai dia , jangan abaikan dia , jangan pernah sesekali buat dia kesepian . Tapi , dalam hubungan kita itu pasti ada yang kecewa , sakit hati , sedih , air mata mengalir . Jarang sekali kita merasa bahagia , mungkin Tuhan nak uij kesabaran , kesetiaan , kejujuran kita . Intan nak hubungan yang diredhai Allah , direstui ibu bapa . Intan nak hubungan yang bukan sekadar sayang , tapi ingin membantu antara satu sama lain apabila dilanda masalah , berjaya sama-sama hingga ke akhir hayat . Mungkin tak senang untuk dapat hubungan seperti itu , tak mengapa intan akan buat perlahan-lahan kerana Intan tahu Tuhan selalu ada untuk tolong Intan , dia mendengar setiap doa yang Intan doakan . Terus terang intan cakap , intan tak boleh nak jawab soalan ' Kenapa intan pilih dia sebagai seseorang istimewa di hati intan meskipun dia bukan yang terbaik di mata orang? ' 

Awak , awak ni baik orangnya , awak pandai jaga hati saya , awak kadang-kadang ada disisi saya disaat saya perlukan awak , awak jaga hati saya , ikutkan hati awak tak akan pernah sesekali nak hati saya terluka kan ? Awak tak nak hati saya ada calar satu pun , saya tahu itu . Dalam masa 3 tahun lebih kita berhubung , sikit demi sikit awak tunjuk keikhlasan awak , kejujuran awak , kesetiaan awak , kepercayaan awak . Saya sangat hargai awak , penantian saya selama 9 bulan bukanlah sesuatu perkara yang sia-sia tapi awak , ada satu benda yang saya tak berapa suka tentang awak , uhm . Tak apalah , saya tak kisah tapi cuma saya minta satu sahaja awak , sekurang-kurangnya awak bagi saya bahagia sebabkan keputusan exam awak , awak nak kan buat saya bahagia , kalau awak nak , awak tunjukkanlah dekat saya yang awak mampu buat saya bahagia dengan keputusan awak itu , saya bukannya malu nak berhubungan dengan awak , dengan keputusan awak macam itu , tapi saya tak nak mak ayah awak rasa kekecewaan yang saya rasa , saya kecewa sangat dengan keputusan awak . Saya pun sedang usaha untuk buat ibu bapa saya bangga dengan saya , yelaa saya dah tak sanggup tengok keputusan saya teruk , ia hanya akan menyakitkan hati ibu bapa saya . Saya tahu awak ni anak yang baik , rajin , soleh tapi tak salah untuk awak tunjukkannya , siapa diri awak , tunjukkan dekat orang yang awak bukan calang-calang orang yang boleh orang pandang rendah . Boleh tak awak buat semua itu untuk saya ? Awak buatlah untuk diri awak juga , apa awak nak jadi besar nanti kalau keputusan awak pun tak boleh dibuat kerja . Buktikan pada saya yang awak memang betul-betul nak saya bahagia , buktikan dekat saya yang awak memang sayangkan keluarga awak dan saya . Awak , satu lagi perkara yang boleh bawak awak berjaya iaitu Solat , saya mohon dekat awak janganlah tinggal solat , yaa saya pun kadang-kadang tinggal tapi awak cuba iye untuk lengkapkannya , awak berdoalah pada Tuhan yang awak nak berjaya , saya percaya awak tak lambat lagi , awak masih ada masa untuk berjaya untuk buktikan pada semua orang , yang orang macam awak ini boleh jadi seorang yang berjaya :D .

SAYA SAYANGKAN AWAK SANGAT-SANGAT =D

No comments:

Post a Comment