Friday, July 13, 2012

Promise :)


Assalammualaikum .. 

Wahh !! Lama tak update blogger kan ? Sekarang pun hujung minggu sahaja boleh guna laptop , week days on9 pakai fune sahaja :) . Dalam 4 Minggu tak buka blogger , macam-macam kejadian berlaku . Semua saya luahkan dekat kertas , nak luahkan dekat awak ( blog ) saya tak boleh pakai laptop . Jadi hari ini saya ambil kesempatan untuk menceritakan semua kejadian-kejadian yang berlaku . Malas pula nak menceritakan kisah silam yang agak menyakitkan hati , yang sedih dan berbagai-bagai la . Sekarang ni tempat yang selalu buat aku tenang , aku dah tak boleh lepak sana . Aku dah janji dengan dia , aku bukan seorang yang mungkiri janji . Ouh Yer , ada pada waktu tu si Senget tak nak tegur saya selama seminggu tapi selama 4 hari sahaja . Selama 4 hari tu kadang-kadang saya suka mencari kamu , saya husha kamu dari jauh dan kalau boleh saya tak nak kamu tahu yang saya ni selalu juga husha kamu , tanya pasal kamu :) . Haa , Awak nak tahu , kali ni memang kenyataan dan saya tak tipu , selepas 4 hari tu kamu ada buat saya gelak and senyum . Senyuman saya masa tu adalah senyuman yang paling ikhlas yang saya pernah keluarkan . Saya tak tipu :D . Tapi kan awak , banyak kan masalah :) tapi selagi kamu masih berada di sisi saya , selagi itu saya akan hadapi masalah itu . Kalau boleh saya hanya nak kenal kamu . Saya tak nak ada orang rampas kamu dari saya , saya pun tak nak orang lain rampas saya dari kamu . Kamu ! Hari ini saya tak nampak pun senyuman kamu tu , mana perginya dia . Kamu marahkan saya ke ? Saya minta maaf lah pasal dekat kantin tu , saya tak bermaksud pun . Tapi hari itu kamu adakan cemburu , sampai saya jadi mangse keadaan . Saya tahu kamu cemburu , saya dapat rasakan semua tur . Tapi tak terlintas langsung dekat hati saya nak buat kamu sakit hati or cemburu . Setiap pergaduhan saya selalu akan bersiap untuk berusaha pujuk kamu sebabkan saya takut kamu melepaskan perkataan 'putus' . Macam-macam sikap kamu tunjuk , tapi saya akan hadapi sikap kamu tu . Kamu nak tahu ? Waktu kamu cakap kamu dah muak dengar perkataan tu . Automatik hati saya sakit , mata saya berkaca . Saya ini seorang yang lemah , memang nampak luar seorang yang semangat yang kuat , tapi saya ingatkan kamu tahu yang saya ni seorang yang cepat tersentuh . Tapi saya berusaha senyum dan pujuk kamu malam itu juga . Saya tak pernah ungkit kesalahan yang kamu pernah buat , kerana bagi saya kamu sedang belajar dari kesilapan . Nak tahu tak ? Bile baca message kamu tu macam itu la saya rasa tapi apa yang penting saya akan tetap senyum walaupun hati saya sakit . Saya berusaha untuk minta penjelasan dari kamu , saya pun malas nak bergaduh . Saya penat sakit hati , saya dah penat sakit hati . Semua orang kalau boleh nak sakitkan hati saya . Lebih baik bunuh saya terus dari terus terseksa . :) . Kamu tahu saya ni risau kamu tak senyum , saya tak boleh tengok kamu tak senyum . Dulu saya seorang yang lemah kamu muncul dan beri saya semangat , Dulu saya seorang yang penakut , pengecut kamu muncul beri saya keberanian . Kamu ubah hidup saya . Saya pun nak minta kamu satu sahaja , saya pun tak nak lah paksa kamu untuk tunaikan permintaan saya . Kamu boleh kalau nak main game , saya tak kesah pun tapi tolong jangan abaikan pelajaran kamu . Trial nak dekat sayang , kalau boleh saya nak kamu bagi yang terbaik buat family kamu , no bukan saya mengatakan yang kamu ni tak pandai . Semua orang pandai cuma malas sahaja kan . Maafkan saya kalau ayad ni dan permintaan saya ni macam menghine kamu . Saya tak bermaksud pun . Dan pasal saya share masalah kamu dan saya dekat ain tu , saya minta maaf saya tak tahu pula kamu tak suka lagi pun sapa suka kan . Tapi saya pun perlu seseorang untuk saya luahkan perasaan ni . Kalau boleh saya hanya nak berhadapan dengan kamu dengan perasaan gembira dan senyuman saya . Saya tak nak lah tampil depan kamu dengan muka sedih , kamu pun mesti tak lalu nak tengok kan . Lagi satu , Terima kasih sudah buat pengakuan , walaupun bukan dengan saya . Saya dengar dari mulut orang lain yang saya ni agak kongkong hidup kamu , saya tak maksud pun untuk kongkong hidup kamu . Yela kalau saya boleh rapat dengan budak-budak kelas saya , kenapa kamu tidak kan ? bak kata afiq . Saya pun terpaku dengan kata-kata dia . Saya tak kesah kalau kamu cakap kamu tak kenal saya ke apa ke . Tapi tolong kalau ada orang tanya kamu make sure akhir-akhir sekali kamu cakap jangan bagitau intan . Saya bukan apa . Saya tak sanggup juga untuk mendengarnya . Tapi saya faham kamu , saya faham sikap kamu , saya faham perangai kamu macam mana  . Apa yang penting sekarang , jangan permainkan saya buat kali yang kedua . Yakin kan saya kamu bukan lelaki yang bila dia nak dia amik bila dia tak nak dia buang . 

Saya hanya nak kamu percayakan saya , percayalah saya tak mungkin curang dengan kamu . Serius saya cakap saya tak berani nak curang dan saya tak nak hidup dunia yang penuh dalam penipuan dan permainan . Jangan anggap sayang saya dekat kamu sebuah permainan yang akan berakhir bila game dah tamat . Kamu tak tertanya-tanya ke ? Kenapa saya tunggu kamu walaupun saya dipermainkan oleh kamu ? Kamu nak tahu , saya hanya ada satu sebab sahaja . Sebab saya sayangkan kamu , hanya sebab ini sahaja . Awak , kalau awak tak percayakan saya dan lebih percaya pikiran negative awak tentang saya , bila-bila masa kita boleh ermm .. 

Saya harap kamu faham . Lega hati saya nak meluahkan segalanya . Saya harap sangat kamu baca ni . Saya nak kamu tahu isi hati saya . Saya sangat sangat sangat berharap dapat tahu isi hati kamu , Tolong saya tolong jujur dengan saya untuk tahu isi hati kamu . Tapi kamu mesti tahukan saya sekarang jarang edit blog . Tidak mengapa lah kalau kamu tak membacanya , Janji saya dah luahkan apa yang sepatutnya . Satu perkara lagi , saya tak pernah nak tegur kamu sebab kamu akan cakap diri kamu tu bodoh , lelaki tak guna , hanya suka sakitkan hati kamu , macam-macam lagi la . Saya tak nak semua tu , Saya tak nak dengar semua tu . Saya tunggu kamu untuk ubah perkataan tu :)

I Love You Abang :) Jangan tinggalkan saya buat masa ini . Semoga kamu dapat menjawab trial akan datang nanti dan beri saya senyuman buat kejayaan kamu . Saya harap kamu mampu buat yang terbaik dan buat saya bangga dengan kamu tidak lupa juga buat family kamu bangga dengan kamu :) . 

No comments:

Post a Comment